Saturday, April 2, 2011

AbSeiLing ^^ part 1

Hari bersama en ridzwan..2 Mac 2011

Tepat 8.30 a.m. kami telah berada di hdapan gym uitm menanti en ridzwan. Beliau akan mennggantikan en hisyam untuk kelas teori abseiling pada pagi itu. Tidak lama selepas itu beliau pun tiba dan meminta maaf kerana terlewat. Pagi itu kelas kami hanya beralaskan konkrit dan kami beramai2 duduk bersila.
Pagi itu en ridzwan telah memperkenalkan kepada kami alatan2 yang digunakan untuk abseiling. Memang bnyak barang yang perlu digunakan semasa abseiling. Antara barang yang telah ditunjukkan ialah kernmantel rope, static rope, crab alloy dan steel, sling,figure of 8, helmet, glove, rope protector, harness (full body) dan (half body) serta (pad waist) , prussic rope, guni dan banyak lagi.
Selain itu juga, cara untuk membuat angker juga en ridzwan terangkan. Kami juga telah mempraktikan cara membuat angker di pokok yang terdapat dengan gym tersebut. Knotting seperti colve hitch, half hitch serta double bowline juga turut diguna pakai. Cara semasa abseiling juga telah diterangkan dengan terperinci.
Kelas bersama en ridzwan memang terbaik kerana beliau merupakan seorang yang peramah dan penyampai yang baik. Apa yang disampaikan oleh beliau memang amat berguna kepada kami. Terima kasih en ridzwan.:)




































No comments:

Post a Comment