9 mac 2011
Pada awalnya amali abseiling ini akan dijalankan di bukit berdekatan bukit tonggek disebabkan en hisyam tidak dapat hadir pada hari itu. Namun, pagi itu kelibat en hisyam tiba2 hadir juga. Apalagi, venue pun pun berubah. Menara tingkat 11 seperti yang dijanjikan menjadi lokasi terbaru.
Peralatan yang telah dipinjam dari stor kenanga sebanyak 6 box turut dibawa. selepas itu kami membawa kesemua barang tersebut dengan menggunakan lif. Sampai saja ,kami telah diberi penerangan oleh en hisyam. Selepas itu, semua barang di layout untuk memastikan barang yang digunakan mencukupi. Para alumni yang hadir pada hari itu telah membantu kami membuat angker pada tiang yang terdapat disitu.
Dalam ksibukan para alumni membuat angker, rakan2 kami yang yang lain juga sibuk memakai harness, helmet ,figure of 8, crab dan glove. Ada juga yang mengambil gambar untuk kenangan. Dalam masa yang sama, kami juga mencuba teknik untuk L shape sebagai persediaan.
Pada mulanya tidak lah rasa takut sangat nak turun dari tingkat 11 ni. Namun sebaik sahaja, berada di dinding dan hanya bergantung pada safety dan main line sahaja, hanya ALLAH saje tahu perasaan ketika itu. Alhamdulillah, perasaan takut itu dapat kami atasi dengan jaya nya dan tiba di bawah dengan selamat.
Peristiwa yang tidak dapat dilupakan ialah rakan kami ain anati yang baju nya tersekat pada figure of 8. Hal ini menyebabkan dia telah tergantung beberapa minit di dinding tingkat 11 itu. Dengan kebijaksanaan para alumni, masalah itu dapat diatasi dan ain dapat turun dengan selamat.
No comments:
Post a Comment