Sunday, April 17, 2011

sKoR oRiEnTeERiNg ^^ PART 3

Salam.

Control card bahagian yang telah di punch, hancur di sebabkan ‘dicincang’ oleh buku yang berada dalam beg. Hal ini mungkin disebabkan control card yang da basah terkena peluh, bergoncang dengan buku yang berada dalam beg sehingga menyebabkan ianya hancur. Macam mana nk punch ni.? Terbarinng saya di tembok konkrit yang berada berdekatan control marker. Sedih+ penat+ralat+menyesal = redha. Bahagian yang telah di telah punch sebelum ini juga hancur. Hanya ALLAH je tahu perasan saya ketika itu.

Tapi apa boleh buat. Nak x nak, dari unit penagangkutan, terpaksalah saya kembali ke swimming pool . Baju lenjun habis dibasahi peluh. Sampai disana semua orang terkejut kenapa pakaian saya begitu basah sekali. Setelah menunjuk control card kepada en ridzwan, dia terkejut tgok control card yang telah hancur dibahagian bawahnya. Maksudnya, markah tidak dapat diberi kerana bahagian yang dipunch tidak kelihatan. Selepas itu, en ridzwan cakap kalu nk pergi sekali lagi boleh, ada masa lagi 30 minit sebelum masa saya tamat. Tanpa sya berlengah, saya ambil control card lagi satu dan berlari ke check point yanag telah saya pergi tadi untuk mendapat kan punch nya. Kali ini berlari tanpa melihat map. Dah hafal dah check point nya. Dari dewan sri budiman, ke pusat permikiran islam dan ke chancellery, seterus nya ke tangki air. Dari tangki air, redah hutan untuk kali ke 2 un pergi ke faks mascom. Kali ini tidak pergi ke unit penganagkutan kerana saya dapat merasakan masa mungkin tidak mencukupi kalau saya pergi ke sana. So dari faks mascom teros saya kembali ke swimming pool semula. Sampai sahaja di swimming pool, terus saya menyerahkan control card kepada en ridzwan.

Setelah dikira2, masa saya ialah tepat2 1 jam 30 minit. Tempat ke 16. Dengan markah 135.

Walaupun saya tidak menang, tetapi saya telah memberi yang terbaik yang boleh. Pengajaran yang saya dapat , janganlah terlalu mengejar masa, kerana anda memang tidak dapat mengejar masa selaju mana pun anda. Dan anda perlu lah menggunakan masa yang anda ada dengan sebaik yang mungkin. Dan berfikirlah tentang sebab dan akibat anda melakukan sesuatu perkara. Jangan sampai menyesal pada akhirnya.

Sekian.























sKoR oRiEnTeERiNg ^^ PART 2

Salam.
Kali ini saya mahu bercerita tragedi skor orienteering yang menyebabkan saya terpaksa pergi ke check point sebanyak 2 kali. Saya merupakan pelajar yang akhir yang dilepaskan. Selepas menulis semua maklumat pada control map, perjalanan bermula. Hajat mahu menang memang besar. Strategi pada kali ini adalah tempat paling banyak markah adalah tempat first mesti pergi dan diikuti check point yang berdekatan dengannya. Kali ini saya dah niat mahu pergi ke setiap check point sepantas yang mungkin.

Check point pertama dituju ialah dewan annexe / sri budiman. Sebab markah check point ini adalah yang paling tinggi sekali iaitu 40. Selepas itu diikuti dengan pusat pemikiran islam dan chancellery. Hal ini kerana jarak tempat ini adalah berdekatan kerana terdapat short cut. Semasa menuruni chancellery, saya telah menggunakan bukit yang curam yang ada landscap air tersebut. Hal ini kerana bagi menjimatkan masa. Selepas itu adalah tangki air yang betul2 di puncak bukit. Bila da berlari sampai atas bukit itu, memang penat. Tetapi nasib baik kt tangki air tersebut tidak panas. Selapas itu ialah check point di fakulti mascom. Disebabkan tangki air dan fakulti mascom adalah dekat, saya telah mengguanakan jalan hutan. Hal ini disebabkan pagar di tangki air itu telah berlubang. So, memudahkan saya untuk melalui lubang tersebut dan melalui jalan hutan untuk pergi ke fakulti mascom. Tp laluan hutan 2 berduri. Tersangkut kat baju.aduhh… jahanam baju saya. Namun tetap redah je sebab mahu jimatkan masa. Sampai saja kat faks mascom, cari check point xjumpe2. Rupe2nye control marker 2 ade dekat bahagian depan 2 je. Penat je pusing dekat belakang faks mascom 2.

Sekarang kalau ikut dalam map check point yang paling tinggi sikit markah nya ialah unit pengangkutan pula. Walaupun jauh sikit, tapi kalau lari kejap je ni. Saya pun berlari lah sepantas yang mungkin, walaupun kadang kala berhenti menghirup udara. Orang sekeliling pandang pelik je. Lari punya lari, dalam masa lebih kurang 10 minit, sampai lah saya di unit pengangkutan. Cari2 control card dalam beg,xda. Dalam hati fikir,cicir ke control card ni. Carik punya carik, rupe2nye control card terhimpit pada buku didalam beg. Punyalah terkejut………

To be continued….;)










sKoR oRiEnTeERiNg ^^ PART 1

13 April 2011

Salam.
8.30 pagi kami telah bersiap sedia café bersebelahan swimming pool. Memakai baju outdoor berwarna oren , nampak bergaya sekali. Kami menunggu ketibaan en hisyam yang tidak muncul lagi. 5 minit selepas itu en hisyam tiba. Pada permulaannya en hisyam telah menerangkan bagaimana skor orienteering ini dijalankan. Dari apa yang diterangkan oleh en hisyam, memang nampak menarik . Main satu Uitm . Besar 2.

Skor orienteering ini akan berlangsung tanpa menggunakan kompas . Pada awalnya kami diberi control card. Pada control card itu kami perlu menulis nama, no, dan tarikh. Ruangan tamat, mula dan masa juga terdapat pada control card itu. Selepas menulis semua detail, kami perlu bersiap sedia untuk dilepaskan. Kami akan dilepaskan secara bergilir2. Selang 2 minit, peserta lain pula dilepaskan. Masa mula juga dicatatkan. Hal ini bagi memudahkan pengiraan masa yang paling singkat serta markah yang paling tinggi sebagai pemenang. Sebelum dilepaskan kami telah diberi map sebagai panduan semasa orienteering ini.

Peraturan semasa orienteering ini berlagsung ialah tidak boleh menggunakan kenderaan atau pun naik bas. Berkomunikasi dengan peserta lain juga dilarang. Menggunakan handfon juga adalah satu kesalahan . Jika didapati penyerongan berlaku, diskualifikasi terus. Pemanang pula akan dikira mengikut masa terpantas dan markah yang paling tinggi. Jika markah sama, pemenang akan dikira mengikut masa paling singkat. Jika masa juga sama, pemenang akan dikira siapa yang dilepaskan terlebih dahulu. Pada kali ini masa yang ditetapkan ialah 1 jam 30 minit. Jika lewat, setiap 1 minit selapas itu akan di tolak sebanyak 10 markah.


















Sunday, April 10, 2011

mAnaGEMenT gAmE

6 April 2011

Selesai sahaja test knotting, kami ditugaskan oleh en ridawan untuk merancang satu management game bagi setiap kumpulan. Kami diberi masa selama 15 minit untuk mencipta game tersebut. Selepas sahaja games dicipta, seorang wakil dari setiap kumpulan harus menerangkan keada rakan2 lain cara games tersebut. Namun selepas 7 kumpulan membuat pembentangan, en ridzwan mengatakan game yang kami cipta lebih kepada telematch. Hal ini membuatkan kami tertanya2 apa management game yang sebenar.

Selepas itu en shariman telah menerangkan kepada kami tentang konsep management game. Sebenarnya management game sdalah satu game yang ringkas tanpa memerlukan ramai conducternya. Selain itu juga , ia adalah satu game yang dijalankan dengan masa yang singkat dan simple. Hanya dengan menggunakan mulut sahaja kita dapat menjalankan aktiviti ini. Sebagai contoh, ‘dalam masa 10 saat, anda harus membentuk beberapa kumpulan mengikut bulan kelahiran’. Selain itu , ‘ dalam masa 5 saat sila bentuk beberapa kumpulan mengikut warna baju anda’. Hal ini juga boleh disesuaikan mengikut persekitan dan juga masa.

Setelah en shariman menerangkan kepada kami tentang management game itu, baru lah kami faham apa management game yang sebenar.

TeST kNoTtiNG

6 April 2011

Hari yang ditunggu sudah tiba. Lokasi dataran kolej kenanga. Pada hari ini test knotting. Xsaba kami mahu menunjukkan bakat yang terpendam. Maklumlah, hari2 training ikat tali. Hari itu senior2 kami yang conduct untuk test tersebut. Antaranya en ridzwan, en om ,en shariman dan lain2 lagi. Kami telah dibahagikan kepada 7 kumpulan bagi memudahkan test dijalankan. Semasa test dijalankan kami diberi masa selama 15 saat bagi menyiapkan setiap ikatan. Apabila selesai mengikat , kita perlu lah mengangkat tali itu ke atas tanda selesai.












Monday, April 4, 2011

rEvIsE KnOTtiNg

Salam semangat…
Kali ini kita becerita tentang revise knotting pula. Jenis knotting seperti berikut.
1. Reef knot
2. Sheet bend
3. Bowline(tindih kasih)
4. Clove hitch(manok)
5. Figure of eight
6. Fisherman's knot
7. Butterfly knot
8. Half hitch

Walaupun kita telah tahu namanya,kita juga harus tahu untuk membuat memperaktikkannya. Revise knotting ini adalah untuk test sebenarnya.sebelum test kami telah membuat persediaan dengan mengikat tempat2 seperti kaki meja, kaki kerusi, serta kawan2 yang patut diikat.
Ada juga ikatan yang terlupa, sampai terpaksa dilukis di atas kertas.( arif punya kerja)  tapi ape yang penting skill mengikat sudah terpatri dalam diri kami.













































Sunday, April 3, 2011

JoiN En HisYaM

27 mac 2011
Hari ahad.
Hari ini kami akan menolong en hisyam dan menyaksikan student pjj buat low rope dan abseiling. Yang terlibat pada hari tersebut ialah dato zifri , dato hairi, husnol khuluq, serta kucairo. Lokasinye berdekatan bukit tonggek saja. Di lereng bukit. Aktiviti bermula pada pukul 8.30 pagi waktu Malaysia.
Sebelum2 ini xpernah pula kami tengok orang abseiling dekat lereng bukit. Ini lah first time. Pada mulanya en hisyam telah memberi penerangan kepada student2 pjj serta kami sekali. Beliau memperkenalkan barang yang diguna kepada semua yang hadir. Dalam masa yang sama juga, beliau telah menunjukkakan kepada kami cara untuk membaling tali. Ini lah benda baru yang kami pelajari.
Selesai sahaja memasang angker, untuk safety dan main line, persiapkan diri pula untuk memakai harness. Kami turut membantu student pjj memakai harness mereka, supaya harness yang dipakai selesa. Habis sahaja student buat abseiling, giliran kami pula mencuba. Abseiling berlari menuruni bukit. Memang terbaik. Gatal2 lepas 2.haha.
Selepas itu kami mengemas semula barang yang teklah digunakan untuk abseiling dan menyaksikan student pjj buat low rope pula hingga sudah.