Sunday, April 17, 2011

sKoR oRiEnTeERiNg ^^ PART 2

Salam.
Kali ini saya mahu bercerita tragedi skor orienteering yang menyebabkan saya terpaksa pergi ke check point sebanyak 2 kali. Saya merupakan pelajar yang akhir yang dilepaskan. Selepas menulis semua maklumat pada control map, perjalanan bermula. Hajat mahu menang memang besar. Strategi pada kali ini adalah tempat paling banyak markah adalah tempat first mesti pergi dan diikuti check point yang berdekatan dengannya. Kali ini saya dah niat mahu pergi ke setiap check point sepantas yang mungkin.

Check point pertama dituju ialah dewan annexe / sri budiman. Sebab markah check point ini adalah yang paling tinggi sekali iaitu 40. Selepas itu diikuti dengan pusat pemikiran islam dan chancellery. Hal ini kerana jarak tempat ini adalah berdekatan kerana terdapat short cut. Semasa menuruni chancellery, saya telah menggunakan bukit yang curam yang ada landscap air tersebut. Hal ini kerana bagi menjimatkan masa. Selepas itu adalah tangki air yang betul2 di puncak bukit. Bila da berlari sampai atas bukit itu, memang penat. Tetapi nasib baik kt tangki air tersebut tidak panas. Selapas itu ialah check point di fakulti mascom. Disebabkan tangki air dan fakulti mascom adalah dekat, saya telah mengguanakan jalan hutan. Hal ini disebabkan pagar di tangki air itu telah berlubang. So, memudahkan saya untuk melalui lubang tersebut dan melalui jalan hutan untuk pergi ke fakulti mascom. Tp laluan hutan 2 berduri. Tersangkut kat baju.aduhh… jahanam baju saya. Namun tetap redah je sebab mahu jimatkan masa. Sampai saja kat faks mascom, cari check point xjumpe2. Rupe2nye control marker 2 ade dekat bahagian depan 2 je. Penat je pusing dekat belakang faks mascom 2.

Sekarang kalau ikut dalam map check point yang paling tinggi sikit markah nya ialah unit pengangkutan pula. Walaupun jauh sikit, tapi kalau lari kejap je ni. Saya pun berlari lah sepantas yang mungkin, walaupun kadang kala berhenti menghirup udara. Orang sekeliling pandang pelik je. Lari punya lari, dalam masa lebih kurang 10 minit, sampai lah saya di unit pengangkutan. Cari2 control card dalam beg,xda. Dalam hati fikir,cicir ke control card ni. Carik punya carik, rupe2nye control card terhimpit pada buku didalam beg. Punyalah terkejut………

To be continued….;)










No comments:

Post a Comment