Sunday, April 3, 2011

AbSeiLing ^^ part 2

Teori abseiling en hisyam 6 mac 2011
Salam..
Kali ini teori abseiling bersama en hisyam pula. Di makmal lab 2 tempat biasa. Kali ini en hisyam mempamerkan barang abseiling menggunakan laptop. En hisyam telah menerangkan kepada kami tentang bagaimana nama abseiling itu tercipta. Ada juga orang seperti di negara luar yang memanggil abseiling dengan nama repelling. Walaubagaimanapun aktiviti yang dilakukan adalah sama.
Semasa kelas teori tersebut,en hisyam telah menunjuk gambar2 alatan yang diperlukan untuk abseiling. Tidak lupa, en hisyam juga telah menunjukkan gambar2 senior kami yang menjalankan aktivi abseiling dari tingkat 11 menara. Perasaan teruja untuk mencuba aktiviti ini semakin membuak2.
Pada akhir kelas, kami telah melantik ajk alatan untuk setup peralatan untuk aktiviti abseiling tersebut.



No comments:

Post a Comment