Salam.
Control card bahagian yang telah di punch, hancur di sebabkan ‘dicincang’ oleh buku yang berada dalam beg. Hal ini mungkin disebabkan control card yang da basah terkena peluh, bergoncang dengan buku yang berada dalam beg sehingga menyebabkan ianya hancur. Macam mana nk punch ni.? Terbarinng saya di tembok konkrit yang berada berdekatan control marker. Sedih+ penat+ralat+menyesal = redha. Bahagian yang telah di telah punch sebelum ini juga hancur. Hanya ALLAH je tahu perasan saya ketika itu.
Tapi apa boleh buat. Nak x nak, dari unit penagangkutan, terpaksalah saya kembali ke swimming pool . Baju lenjun habis dibasahi peluh. Sampai disana semua orang terkejut kenapa pakaian saya begitu basah sekali. Setelah menunjuk control card kepada en ridzwan, dia terkejut tgok control card yang telah hancur dibahagian bawahnya. Maksudnya, markah tidak dapat diberi kerana bahagian yang dipunch tidak kelihatan. Selepas itu, en ridzwan cakap kalu nk pergi sekali lagi boleh, ada masa lagi 30 minit sebelum masa saya tamat. Tanpa sya berlengah, saya ambil control card lagi satu dan berlari ke check point yanag telah saya pergi tadi untuk mendapat kan punch nya. Kali ini berlari tanpa melihat map. Dah hafal dah check point nya. Dari dewan sri budiman, ke pusat permikiran islam dan ke chancellery, seterus nya ke tangki air. Dari tangki air, redah hutan untuk kali ke 2 un pergi ke faks mascom. Kali ini tidak pergi ke unit penganagkutan kerana saya dapat merasakan masa mungkin tidak mencukupi kalau saya pergi ke sana. So dari faks mascom teros saya kembali ke swimming pool semula. Sampai sahaja di swimming pool, terus saya menyerahkan control card kepada en ridzwan.
Setelah dikira2, masa saya ialah tepat2 1 jam 30 minit. Tempat ke 16. Dengan markah 135.
Walaupun saya tidak menang, tetapi saya telah memberi yang terbaik yang boleh. Pengajaran yang saya dapat , janganlah terlalu mengejar masa, kerana anda memang tidak dapat mengejar masa selaju mana pun anda. Dan anda perlu lah menggunakan masa yang anda ada dengan sebaik yang mungkin. Dan berfikirlah tentang sebab dan akibat anda melakukan sesuatu perkara. Jangan sampai menyesal pada akhirnya.
Sekian.
No comments:
Post a Comment