Sunday, April 3, 2011

LoW rOpE cOurSE^^ PART 2

23 mac

Salam satu malaysia…
Pada hari rabu bersamaan 23 mac 2011 kami telah menjalankan aktiviti low rope. Pagi2 lagi kami telah berada di wall climbing berdekatan dengan swimming pool tersebut. Low rope adalah satu aktiviti yang menggunakan tali. Tali yang digunakn ialah p.p rope. Kami telah dibahagikan kepada 7 kumpulan. Ini bermakna ada 7 stesen yang akan dibina. Antaranya ialah criss cross, multi vine, foot loop, high postman walk, forward tension traverse, chicken walk, dan leopard crawl.
Hasil kerjasama daripada semua ahli kelas,kami dapat membina semua stesen dalam masa 1 jam lebih. Memang penat semasa proses pembinaan. Tambahan pula kami semua tidak bersarapan pada pagi itu. Namun hasil usaha setiap rakan, stesen dapat dibina denagn sempurna.
Selepas itu, masa untuk mencuba setiap stesen pula. Nampak macam senang tetapi apabila diri sendiri yang mencuba, ternyata ianya sukar. Tanpa focus dan ketenangan, kita tidak akan dapat melakukan semua stesen dengan jayanya. Oleh itu setiap gerak geri harus lah berhati. Semasa seorang peserta senang melakukan aktiviti, 3 hingga 4 orang peserta lain harus menjadi supporter supaya peserta yang melakukan aktiviti tidak jatuh ke tanah. Walaubagaimanapun, ada juga peserta yang jatuh. Hal ini mungkin disebabkan kelalaian supporter. Dibawah ini terdapat beberapa kepingan gambar semasa aktiviti dijalankan.






















































No comments:

Post a Comment