Sunday, April 17, 2011

sKoR oRiEnTeERiNg ^^ PART 1

13 April 2011

Salam.
8.30 pagi kami telah bersiap sedia café bersebelahan swimming pool. Memakai baju outdoor berwarna oren , nampak bergaya sekali. Kami menunggu ketibaan en hisyam yang tidak muncul lagi. 5 minit selepas itu en hisyam tiba. Pada permulaannya en hisyam telah menerangkan bagaimana skor orienteering ini dijalankan. Dari apa yang diterangkan oleh en hisyam, memang nampak menarik . Main satu Uitm . Besar 2.

Skor orienteering ini akan berlangsung tanpa menggunakan kompas . Pada awalnya kami diberi control card. Pada control card itu kami perlu menulis nama, no, dan tarikh. Ruangan tamat, mula dan masa juga terdapat pada control card itu. Selepas menulis semua detail, kami perlu bersiap sedia untuk dilepaskan. Kami akan dilepaskan secara bergilir2. Selang 2 minit, peserta lain pula dilepaskan. Masa mula juga dicatatkan. Hal ini bagi memudahkan pengiraan masa yang paling singkat serta markah yang paling tinggi sebagai pemenang. Sebelum dilepaskan kami telah diberi map sebagai panduan semasa orienteering ini.

Peraturan semasa orienteering ini berlagsung ialah tidak boleh menggunakan kenderaan atau pun naik bas. Berkomunikasi dengan peserta lain juga dilarang. Menggunakan handfon juga adalah satu kesalahan . Jika didapati penyerongan berlaku, diskualifikasi terus. Pemanang pula akan dikira mengikut masa terpantas dan markah yang paling tinggi. Jika markah sama, pemenang akan dikira mengikut masa paling singkat. Jika masa juga sama, pemenang akan dikira siapa yang dilepaskan terlebih dahulu. Pada kali ini masa yang ditetapkan ialah 1 jam 30 minit. Jika lewat, setiap 1 minit selapas itu akan di tolak sebanyak 10 markah.


















No comments:

Post a Comment