5 Febuari 2011, Sabtu
Pagi2 lagi semua peserta telah bangun untuk menunaikan solat. Selepas shaja bersarapan, kami telah diagihkan kepada beberapa kumpulan untuk membersihkan peralatan yang telah digunakan semasa camping di tasik chenderoh. Memang banyak barang yang perlu dibersihkan seperti khemah, grounsheet, kayak, dinggi dan banyak lagi. Kami perlu membersihkan segala kekotoran yang terdapat pada barang tersebut supaya ia bersih dan dapat disimpan semula di dalam stor.
Semasa proses pembersihan bebrapa kali kami telah diberi amaran daripada fc supaya dapat menyempurnakan aktiviti pembersihan secepat mungkin. Dalam masa yang sama ada juga rakan2 kami yang tidak senang dengan cik2 fc kerana terlalu memaksa kami untuk membersihkan alatan tersebut. Pada masa itu semua peserta berganding tenaga dan bertungkus lumus untuk membersihkan alatan. Alatan yang di basuh perlu lah dikeringkan sebelum dihantar masuk ke dalam stor.
No comments:
Post a Comment