Monday, February 28, 2011

BeKeMAS..baCk to shAh AlaM- MaLaM penUtup

4 Febuari 2011, Jumaat

pagi ini sepert kebiasaannya bangun pagi ,solat suboh, malaysia cergas dan sarapan pagi..pagi 2 kami makan bihun goreng berairkan teh o. pagi semangat kami lain dari yang lain.mungkin sebab nak balik shah alam kot.yahooo..;)

selepas saja bersarapan , kami diarahkan untuk mengemas semua khemah2 semula, menimbus longkang2 yang telah dibuat, membuka gadjet2 yang dibina dan banyak lagi. hari itu juga,barang2 di khemah peralatan di check semula. setelah semua barng di check,kami beramai2 memasukkan semua barang ke dalam lori. kali ini proses pemasukan barang berjalan dengan efisen dan cepat sekali.ini mungkin disebabkan pengalaman memasukkan barang semasa di shaah alam hari itu yang sungguh merumitkan. dalam masa satu jam semua barang yang ingin dibawa balik, tersedia di atas lori.

setelah semua selesai, lebih kurang pukul 11 pagi kami berjalan untuk keluar dari campside . kebun tembikai diredah kembali. hanya 20 minit perjalanan kami telah smai ke persimpangn jalan untuk menantikan bas daripada shah alam menjmput kami. tidak lama kemudian bas pun tiba.






tidak sampai 15 minit kami berada di dalam bas, semua peserta melelapkan mata.termasuk lah saya.mungkin disebabkan semasa kami di campside,kami tidak pernah cukup tido.di dalam bas itu bagai kan syurga. selepas itu pemandu bas telah berhenti di rnr tapah untuk makan tengahari. setiap peserta telah dibekalkan nasi bungkus untuk dimakan semasa didalam bas. kami berhenti berehat disitu selama setengah jam.

selepas itu,perjalanan diteruskan semula. lebih kurang pada pukul 5 lebih kami telah sampai di shah alam. aktiviti sekarang adalah ditumpukan untuk malam penutup. pada petang itu kami telah menyusun meja dan kerusi yang akan di gunakan pada malam tersebut. majlis sepatut nya dimulakan pada pukul 8 malam,tetapi disebab kan ada antara rakan2 kami yang lambat tiba di shaah alam , majlis telah ditunda ke 10 malam.

pada malam itu dekan telah hadir untuk majlis penutup. persembahan dari setiap tasik juga telah dijalankan.memang melucukan sekali apabila melihat rakan2 membuat persembahan menggunakan gaya mereka tersendiri. pada malm itu juga kami telah makan BBq sebagai menu utama. kenyang sunguh kami pada malam itu. mana tidak nya,ayam kambing, nugget ,semua ada.sampai tidak cukup perut kami memakannya.

selepas sahaja majlis selesai, kami telah dibenarkan untuk meniup wisel sekuat2 hati.ini sebagai simbolik menandakan amali perkhemahan luar ini sudah tiba di penghujungnya.selepas sahaja semua nya selesai,kami dibenarkan tidur untuk bersedia pada hari esoknya untuk mengemas dan membersihkan barang yang telah digunakan.




















No comments:

Post a Comment