seperti biasa selesai sahaja malaysia cergas dan sarapan pagi,kami berkumpul untuk diberi taklimat tentang aktiviti yang akan dijalankan pada hari itu. fc yang mngetuai aktiviti trekking ialah fc n. dia telah memberitahu kami supaya jangan tegur apa2 yang pelik atau bau2an ketika trekking nanti. peralatan tang perlu dibawa adalah botol air, rain kot, dan barang amanah iaitu roti dan biskut. menurut fc n ketinggian gunung yang akan didaki ialah empat ratus meter lebih.
sebelum kami hendak pergi ke gunung tersebut, kami perlu berenang hingga ke tanjung harapan terlebih dahulu dengan memakai pfd. memng seronok dapat bermain air tasik yang sejuk itu. tetapi ada rakan2 kami yang tidak master lg untuk berenang dan takot2. walaubagaimanapun itu tidak menjadi satu masalah . kami membantu mereka dengan menolak bahagian mereka sementera rakan2 yang lain menarik dari hadapan. kami mengambil masa selama 20 minit berenang dalam tasik untuk sampai ke jeti tanjung harapan.
selepas itu kami terpaksa berjalan ke kaki gunung lebih kurang 2 km dari situ. sya masih teringat lagi kampung yang kami laui ialah kampung ngor.kampung nya indah kerana udara yang bersih. dalam masa yang sama kami terpaksa melalui kebun getah dan kebun limau untuk mendaki gunung tersebut.
laluan yang curam menyukarkan pergerakan kami. sesiapa yang memakai kasut yang tidak boleh grip, sudah pasti nya mudah untuk tergelincir. namun dengan bantuan tali dapat memudahkan pergerakan kami untuk mendaki gunung tersebut. dalam perjalanan itu kami dapat melihat flora dan fauna yang tdak dapat kami lihat di shhah alam ini. dalam masa terdetik di hati kami tentang kebesaran PENCIPTA alam ini.
semasa di puncak tersebut,ahli kumpulan kami tiqa tersalah memberi barang amanha kepada fc yang lain.apa lagi, tero s die kene denda dengan fc tersebut. denda nya ialah menyani kan lagu.tengah hutan belantara itu die menyanyi.bayangkan lah..:) peristiawa tersebut tidak dapat saya lupakan sampai ble2.
setelah lebih setengah jam kami dpuncak tersebut, kami turun semula untuk pulang ke camp side.kami lakui jalan yang sama hingga ke jeti tanjung harapan. dari situ kami berenang semula untuk balik ke camp side..
No comments:
Post a Comment