Sunday, February 27, 2011

SuRViVaL

30 Januari 2011, Ahad

pagi 2 kami bangun pukul 5 .siap sedia untuk sembahyang suboh berjemaah.semasa menunggu azan suboh berkumandang, ramai yang terlentok di tikar sembahyang. terlampau mengantuk agaknya. selesai sahaja solat subuh, aktiviti malaysia cergas pula menyusul. selepas itu pula, sarapan pagi. pagi 2 kami makan bihun goreng dan teh 'o'. pada kali ini kami sudah biasa makan didalam dulang. mungkin pad semalam kami terkejut disebabkan pertama kali. selepas itu, camcraft disambung semula kerana terdapat gadjet2 dan longkang yang masih belum siap dibuat.

pada sebelah petang,tasik kami, tasik  temenggor adalah tasik pertama yang akan pergi survival. sebelum pergi kami telah diberi briefing tentang barang2 yang boleh dibawa. barang yang boleh dibawa ialah,sejadah satu,sweater ,dan barang yang diberi oleh fciaiti mess tin. di dalam nya ada sedikit tepung, serbuk tea,telur sebijik , 3 batang mancis dan 2 botol air mineral.

sebelum bertolak ke tempat survival dengan menaiki dinngi, kami telah direndam didalam tasik untuk memastikan kami tidak membawa alatan yang boleh digunakan untuk menyalakan api.

10 minit menaiki dinggi,kami tiba di kawasan survival. sampai di situ pula, en shariman telah memberi taklamat lagi sekali. di  situ juga terdapat beberapa fc yang membantu.








en shariman memberitahu kami supaya membetulkan niat dan password jika ada orang yang datang ke tapak survival kami.beliau juga memberitahu kami,jika ada belaku kecemasan , tiup lah wisel kecemasan.


selepas taklimat, fc fuad telah membawa kami ke tapak survival. tidak sampai 5 minit kami sampai di tapak survival kami, hujan  pun turun..kami tidak sempat lagi untuk mengutip daun2 kering, sebagai pemula.namun kami membuat pilihan untuk membuat shelter atau lbih dikenali dengan kawasan perlindungan. langit yang bertambah gelap menyukarkan kerja kami. kami mmebuat kerja dengan secepat mungkin. namun tidak di sangka2, dalam keasyikan kami membina shelter, datul telah disengat olah penyengat tanah di pipi nya.menjerit dia meminta tolong. namun awie menjadi hiro membuang sengat penyengat itu.namun pipi datul semakin membengkak.kami membuat keputusan untuk tiup wisel kecemasan.dalam masa yang sama hujan trun dengan lebatnya dan langit bertambah gelap.
 


tidak lam selepas itu, fc fuad datang kembali dan bertanya apa yang berlaku. die telah membawa datul keluar dari tapak survival untuk menerima rawatan. kami pula teroskan kerja untuk menyiapkan shelter. namun tidak smpai 5 minit datul pergi, saya pula terkena sengat penyengat tanah di leher.memeg sakit. tapi masih boleh tahan lagi.tiupan kecemasan kali kedua ditiup. sekali lagi fc fuad datang dan membawa saya keluar dari tapak survival.namun pada kali ini semua ahli kumpulan kami dibawa keluar. tapak survival kami dipindahkan.

selesai saya dan datul menerima rawatan, kami dibawa kembali untuk mnyertai kumpulan kami semula.malang sungguh, hari sudah gelap tetapi api masih tidak dapat dihidupkan.ketiga3 mancis kami telah habis digunakan. sekali lg kami meniup wisel untuk mendapat kan bantuan.namun nasib baik kami telah dapat membina shelter terlebih dahulu.

tidak lama selepas itu, fc pon datng memberikan bantuan. mereka mengajar kami bagaimana menggunakan daun basah untuk menghidupkan api.cara nya ialah, lap daun yang basah 2 kt baju kita. alhamdulillah, setelah mendapat pertolongan fc api dapat dihidupkan. selepas itu, kami mngambil keputusan untuk masak nasi.menggunakan sedikit beras dan telur yang diberikan,  kami pon masak. walaupon tidak sekenyang mana ,tetapi ia cukup untuk mengalas perot kami.

malam itu juga kami bergilir2 sentri.selang sejam kami bertukar syif. dalam masa kami perlu itu, menjaga api supaya tidak padam. cabaran yang paling best ialah mencari kayu api didalam gelap.walaupon kami tidak dapat melihat kayu api tersebut, kami tetap boleh memperolehnya. keesokannya, da kunci dalam survival sbenarnya ialah kerjasama.tanpa kerjasama kita tidak dapat membuat sesuatu dengan suksesnya.percayalah..

No comments:

Post a Comment