Tuesday, March 22, 2011

cLeAninG sATu KaLi

5 Febuari 2011, Sabtu

Pagi2 lagi semua peserta telah bangun untuk menunaikan  solat. Selepas shaja bersarapan, kami telah diagihkan kepada beberapa kumpulan untuk membersihkan peralatan yang telah digunakan semasa camping di tasik chenderoh. Memang banyak barang yang perlu dibersihkan seperti  khemah, grounsheet, kayak, dinggi dan banyak lagi. Kami perlu membersihkan segala kekotoran yang terdapat pada barang tersebut supaya ia bersih dan dapat disimpan semula di dalam stor.

Semasa  proses pembersihan bebrapa kali kami telah diberi amaran daripada  fc supaya dapat menyempurnakan aktiviti pembersihan secepat mungkin. Dalam masa yang sama ada juga rakan2 kami yang tidak senang dengan cik2 fc kerana terlalu memaksa kami untuk membersihkan  alatan tersebut. Pada masa itu semua peserta berganding tenaga dan bertungkus lumus untuk membersihkan alatan. Alatan yang di basuh perlu lah dikeringkan sebelum dihantar masuk ke dalam stor.


Ketika itu,kami dapat merasakan kerjasama adalah penting supaya setiap kerja dapat disiapkan dengan cepat. Selain itu juga kami dapat merasakan bekerja didalam keadaan pressure..memang hebat..walaubagaimanapun, jika kami tidak di pressure,saya yakin kami tidak akan dapat menyempurnakan aktiviti pembersihan itu dengan sempurna..terima kasih encik fc yanag membantu..:)